SEJARAH

SEJARAH

Sejarah asal jalan Reko ini sebernanya berasal dari nama orang iaitu  Mat Salleh. Tetapi kenyataan ini diragui kesahihannya. Kerana menurut History of Selangor 1766-1939 oleh M.Gullick, saya mendapat maklumat bahawa pada akhir abad ke-19 yang lalu, di hujung JAlan Reko, berhampiran dengan stesen komuter Bandar Baru Bangi dan UKM sekarang, terdapat sebuah pekan kecil yang brnam Rekoh. Nama Rekoh ini ada dalam peta daerah Ulu Langat (sekarang Hulu Langat) abad ke-19. Sebuah sungai kecil berhampiran dengan UKM dan berhampiran dengan bekas tapak pekan Rekoh sehingga sekarang masih bernama Sungai Rekoh.

Oleh itu, saya agak yakin bahawa nama Reko itu berasal dari Rekoh, dan nama jalan itu sepatutnya ialah Jalan Rekoh; bukan Jalan Reko.





WIKIPEDIA

Jalan Reko merupakan kawasan pembangunan yang semakin penting di antara bandar Kajang dengan Bandar Baru Bangi, dalam daerah Hulu Langat,Selangor. Mercu tanda kawasan ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko. Sebelum ini kawasan ini dikenali dengan Ladang West Country. Tetapi kini ladang kelapa sawit ini telah dibangunkan dengan kawasan perumahan seperti Taman Tenaga, Kajang dan Bandar Baru Bangi Seksyen 5.
Jalan Reko sangat berhampiran dengan Sungai Langat yang banyak bijih timah satu ketika dahulu. Bijih timah diangkut dengan sampan menuju ke muara Sungai Langat , berhadapan dengan Selat Melaka.


No comments:

Post a Comment